Wednesday, August 26, 2009

Bila Dah Kalah.... apa komen mereka??

Bacalah.. apa komen mereka bila kalah..

Korang tengok muka Dato Jalil tu.. he.. he..

Komen Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

“Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain itu, Muhyiddin berkata Permatang Pasir yang terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dan merupakan kubu kuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi faktor kepada kekalahan BN.

Tempat itu juga adalah kubu Pas dan mempunyai jumlah pengundi Cina yang ramai,” katanya yang turut menjelaskan bahawa keputusan pilihan raya ini tidak boleh dibandingkan dengan pilihan raya kecil DUN Manik Urai, Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan jumlah undi yang diperolehi calon BN, sokongan terhadap pakatan tidak berkurangan jika dibandingkan dengan pilihan raya umum 2008.

“Kita nampak cuma ada sedikit perubahan (sokongan terhadap BN) di beberapa peti undi tetapi tidak begitu ketara,” katanya. - BERNAMA


Ini Pula komen Zahid Hamidi..
Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menerima keputusan pengundi di kawasan itu dengan hati yang terbuka atas semangat amalan demokrasi.

''Kita anggap ini sebagai satu takdir dan berlapang dada menerima keputusan dengan hati yang terbuka.Bagaimanapun, kita akan terus bekerja dan lakukan yang terbaik selepas ini," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi BN di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan penduduk di Permatang Pasir tidak mahukan perubahan yang cuba dibawa BN ke kawasan tersebut.

Sehubungan itu katanya, tidak wajar untuk menyalahkan mana-mana pihak atas kekalahan BN di dalam pilihan raya kecil itu.

''Saya fikir jentera kita adalah yang paling kemas tetapi nampaknya inilah yang penduduk Permatang Pasir mahukan, jadi kita kenalah terima.

''Penduduk memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan, jadi kita jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera," ujarnya. - UTUSAN


Shafie Afdal pun nak komen jugak..
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, BN perlu optimis untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk di kawasan itu pada masa depan walaupun ia merupakan kubu kuat pembangkang.

BN kata beliau, akan tetap memberikan cabaran sengit kepada pembangkan dalam mana-mana pilihan raya akan datang berdasarkan prinsip untuk membawa perubahan kepada nasib rakyat.

''Dalam pilihan raya ini misalnya, kita (BN) memperolehi lebih 5,000 undi dan bagi saya jumlah ini bukan kecil kerana kita bertanding di kawasan kubu kuat mereka."

''Apa yang penting kita kena pastikan pengundi yang menyokong akan terus bersama-sama kita dan bersedia memberi cabaran kepada mereka (pembangkang) pada masa akan datang," ujarnya. - UTUSAN

Dan akhir sekali komen Najib.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui terdapat faktor tertentu menyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau berkata, kesemua faktor itu perlu dikaji dan diperbaiki bagi memastikan usaha menghadapi sebarang pilihan raya pada masa depan akan lebih berjaya.Meskipun begitu, tambahnya, BN berjaya mengurangkan majoriti parti lawan pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Dari satu segi kita dapat kurangkan majoriti undi parti lawan dan satu segi lain kita dapati terdapat faktor-faktor yang telah menyebabkan kekalahan kepada BN."

“Faktor-faktor ini harus diteliti dan diperbaiki supaya usaha kita pada masa depan akan lebih berjaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini.

Sementara itu, menjawab soalan lain mengenai faktor kekalahan tersebut, Najib berkata: “Saya tahu apa sebabnya.” - UTUSAN


Nampaknya depa ni bercakap tanpa merujuk kepada fakta sebenar.. atau ditipu oleh petugas-petugas depa...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails