Friday, August 28, 2009

ADUN BN Terengganu ‘Protes senyap’

Kerusi ADUN BN yang kosong pada persidangan April lalu..

KUALA TERENGGANU – Tindakan kesemua wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil bahagian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 25 dan 26 Ogos baru-baru ini dilihat sebagai ‘protes senyap’ terhadap Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

Jika persidangan DUN Terengganu pada April 2009 lalu mereka (ADUN BN) mengambil tindakan memboikot tetapi kali ini semuanya senyap membisu. (Makan gaji buta nih..)

Adun-adun BN terbabit yang sebelum ini ‘berkokok’ bagaikan ayam sabung diluar Dewan, sebaliknya menjadi lesu ibarat ‘ayam berak kapur’ dalam Sidang DUN.

Mereka (Adun BN) langsung tidak mengemukakan sebarang soalan lisan atau bertulis tdan tidak mengambil bahagian dalam perbahasannya selama dua hari tersebut. Dari 24 orang ADUN hanya wakil Permaisuri, Abd Halim Jusoh yang mengemukakan satu soalan sahaja pada hari pertama persidangan 25 Ogos 2009.

Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan wakil rakyat BN yang bersikap demikian.

Sumber : Buletin Online.

Mungkin kerana mereka letih berpuasa... atau memang mereka tidak buat kerja sebab itulah mereka tidak tahu apa yang nak dipersoalkan.. dah tak buat kerja, mana nak ada masaalah...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails