Tuesday, July 28, 2009

Tips untuk ‘kaya’ dalam politik (Jangan ikut!)



Ditujukan Khas buat Penyokong Pakatan Rakyat yang gila kuasa!!!

Selepas keputusan pilihan raya Mac 2008, pembangkang menang besar. Lima negeri ditumbangkan dan beralih kuasa. Cawangan parti politik pembangkang dibuka di sana sini. Mesyuarat setia malam. Mamak menjadi kaya sebab selepas mesyuarat, mereka ini tidak memesan karipap mahupun meehoon. Mereka minum teh tarik!

Ramailah pula yang mengaku reformis dan mengekori Anwar Ibrahim ke ceramah-ceramah. Masing-masing mengaku hero. Di kampung mulalah poster dinaikkan. Kalau anak kecil cuba mengusik ditepis. Biar satu rumah diconteng si kecil, bukan poster keramat.

Selepas berjaya menjadi anggota dan kemudiannya memegang jawatan, hati mula berangan, “aku sudah ada kuasa. Aku akan jadi kaya”. Fikiran mereka mula mengira komisyen yang bakal dikumpul.

Sebagai orang yang baru di dalam arena politik, mereka perlu sedar cara dan kaedahnya untuk meraih keuntungan material, bagaimana dapat dibelanja dan bagaimana untuk mendapat sehelai vest yang tertera namanya.

Tip # 1

Pertamanya, yang paling mustahak; berurusan dengan ‘orang yang betul’. Orang yang betul di sini bukannya wakil rakyat itu sendiri kerana mereka agak sibuk dan tidak mempunyai banyak masa terluang. Berurusanlah dengan mereka ini:

  • Setiausaha politik – (kerana setiausaha politik sering mengemaskini perkara yang berlaku)
  • Pemandu – kerana mereka jadi telinga apabila wakil rakyat mengeluh tentang perkara seharian di dalam kenderaan.
  • Ibubapa wakil rakyat – kerana mereka sering diberitahu bahawa syurga di belakang tapak kaki ibu.
  • Isteri/suami – kerana mereka bercerita sebelum lampu bilik tidur dipadamkan. Tetapi sering si wakil rakyat tidak mempunyai waktu yang tetap pulang. Jika sering pulang larut malam, maka ia suatu cadangan yang tidak betul.

Jangan berjumpa dengan pengawal peribadi yang kita lihat sering mengekori YB-YB apabila mereka membuat lawatan, kerana mereka ini hanya menumpang glamour kampung.

Tip # 2

Perkara kedua ialah persiapan kertas kerja. Ini akan menjadi masalah sekiranya anda tidak ada diploma atau sering ponteng sekolah. Anda dicadangkan untuk mengupah rakan-rakan yang bersama lepak di mamak. Mereka selalunya pihak yang pernah berjaya dan tahu bagaimana dan siapa yang boleh menyiapkan kertas kerja bagi pihak. Sekiranya mereka minta upah, janji sahaja… komisyen 10 peratus, 20 peratus sungguhpun kocek kosong.

Bila sudah disiapkan, anda konon-konon memeriksa. Cari sekurang-kurangnya satu kesilapan sungguhpun kesilapan itu kesilapan kecil dan tidak disengajakan akibat daripada komputer canggih sekarang yang dapat membetulkan ejaan secara automatik, misalan 'teh tarik' yang kita taip dalam Bahasa Melayu diperbetulkan oleh program 'Word' di komputer menjadi 'the tarik' dalam Bahasa Inggeris.

Ini juga cara untuk memperlihatkan yang kita buat kerja. Tempat berjumpa di mamak… jangan sekali-kali atur perjumpaan di rumah kerana mungkin ada orang akan tahu yang kita tinggal di flat PPRT (sebut Pusat Perumahan Rakyat Tempatan).

Tip # 2(a)

Peragaan diri juga amat penting. Sekiranya anda berpakaian seluar hitam setokin putih, baju yang tidak bergosok, tali leher berwarna-warni; anda perlu mengubahnya.

Anda perlu lebih banyak menyaksikan bagaimana orang korporat berpakaian. Tempat-tempat yang perlu anda lawati ialah Pavillion atau KLCC kerana di situlah kebanyakan rundingan dibuat. Jangan membuat pemantauan anda di hotel-hotel sungguhpun tempat yang betul kerana pegawai keselamatan mungkin mengesyaki anda.

Tip # 2(b)

Bahasa yang anda gunakan juga amat penting. Berhenti bila memebahasakan diri anda ‘aku’ atau ‘saya’. Mula membiasakan diri dengan membahasakan diri anda dengan ‘I’ dan memanggil orang lain ‘you’. Mulakan dengan isteri anda di rumah.

Tip # 2(c)

Kemudian, buat beberapa salinan kepada Ahli Parlimen dan Yang Dipertua Majlis Bandaran. Kalau boleh, tanyakan sama ada sesiapa di kalangan teman-teman di restoran mamak mengenali ketua-ketua kampung dan ahli-ahli majlis. Ini menunjukkan bahawa pihak-pihak ini mula mengenali peranan kita.

Beringat

Letakkan kertas kerja tersebut di dalam sampul surat perang yang bertulis URUSAN SERI PADUKA BAGINDA supaya nampak bahawa kandungan sampul surat tersebut teramat penting.

Anda juga perlu berhati-hati supaya perkara ini tidak dibolosi ke pengatahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Buat masa ini, anda sebagai ahli jawatankuasa agak selamat kerana SPRM lebih berminat untuk menyiasat ADUN sahaja – lebih-lebih lagi sekiranya anda berada di dalam kerajaan Selangor. Anda mungkin tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya rasuah yang anda lakukan dibuat di Johor atau pun Pahang (sebut: tempat selamat).

Bagi mengelak atau melindungi daripada sebarang kejadian seperti itu, apa yang mustahak ialah mengenali pegawai-pegawai yang ada di dalam SPRM itu – tidak semestinya pegawai atasan. Mungkin pemberian sampul surat berisi wang atau bungkusan hadiah bukan satu cadangan yang baik. Ini kerana CCTV sudah pun diletakkan di segenap ceruk. Lagipun, ia bercanggah dengan agama.


Sesiapa yang terasa pedas tu nasib hang la.. kat Penang dah ada 2 atau 3 orang dah..


BERUBAHLAH SEBELUM DIUBAH!!!


Ditulis oleh : Faisal Mustaffa

Sumber : Center for Policy Initiatives

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails