Thursday, July 16, 2009

Pembantu Khas Exco Maut Jatuh Bangunan SPRM Selangor


Pembantu khas exco kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah maut selepas dipercayai jatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Seksyen 9, Shah Alam hari ini.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan, bersebelahan pejabat suruhanjaya berkenaan.

Semalam, SPRM membawa Teo ke pejabatnya untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN kawasan dewan undangan.

Berikut kejadian mengejutkan itu, para pemimpin Pakatan bergegas ke tempat kejadian termasuk Ean, Ronnie Liu, Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Phua.

Liu dan Teng mengesahkan mayat yang ditemui berbaju putih bersama kot dan seluar hitam adalah Teo.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdul berkata mayat berkenaan ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

SPRM mengesahkan menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan wakil rakyat.

Shukri Abdul berkata pegawainya semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

"Siasatan itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka", katanya.

Sumber : TVAntara

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails