Sunday, July 26, 2009

Owner "t4tbh.blogspot.com" kencing dalam mulut sendiri..

Dengan bantuan promosi dari Media-media dari BN, terutamanya Berita Harian yang telah meletakkannya dimuka hadapan akhbar mereka pada 25/07/2009, Sebuah blog http://t4tbh.blogspot.com/ telah mendedahkan kononnya bahawa YB Ronnie Liu yang menjaga peruntukan negeri bagi DUN Sungai Pelek pada tahun 2008 telah menganugerahkan semua peruntukan yang berjumlah RM200 Ribu kepada proksi beliau Wong Chuan Chow..

Pemberian ini telah dilakukan secara kecil-kecilan menyebabkan ramai yang tidak perasan, kesemua projek yang didakwa tidak dibuat Invois dan resit palsu dibuat sekadar untuk memenuhi keperluan.

Dibawah adalah sebahagian dari dokumen yang telah disertakan bersama didalam Blog tersebut.. perhatikan tarikh kejadian..

Antara dokumen yang dipamirkan.

Hakikatnya Pakatan Rakyat hanya mengambil alih kerajaan Negeri Selangor selepas bulan Mac 2008. Dan MCA/BN sebenarnya yang menguasai DUN Sungai Pelek sebelum Mac 2008, cuba lihat senarai yang terakhir dari image dibawah..

http://www.mca.org.my/English/2008GeneralElectionsResults/Pages/Selangor.aspx

Katanya.. semua projek tidak dibuat Invoiced..

Tapi.. kalau tak ada Invoiced macam mana nak claim payment ya?

Berbeza dengan kenyataannya disini.. antara kenyataannya ialah..

1. Rombongan Lawatan Penduduk 21/10/2008
WSK Enterprise paid RM1,800 by Selangor state govt using rakyat money as the contractor.
Invoiced by WSK Services: RM1,800
Less 10% for DAP ADUN: 180
Net: RM1,620
Pay for 'Books': RM600 (this RM600 goes to DAP Malaysia)
Net: RM1,020
For Invoices / Stationery: 50
Balance RM 970 paid to Lee Sau Lan
Public Bank cheque 254059 - cheque not clear)

2. WSK Services
Invoiced amount: RM3,455.00
Less 10% DAP ADUN: RM345.00
Invoices: RM 50.00
To Lee Sau Lan: RM3,059.00

3. Hong Chae Enterprise
Invoiced amount: RM 10,000.00
Less 5% DAP ADUN: RM500.00
Net: RM9,500.00
Cheque paid (no name given) 5,000.00
Net: RM4,500.00
DAP Serdang Aman: RM3,000.00
To DAP Fund: RM1,500.00

lagi kat
sini..

Ada pulak dah invois.. dan bayaran melalui cek Public Bank, tetapi menurut seseorang pegawai yang pernah terlibat menguruskan pembayaran dalam jabatan kerajaan...

Mengikut prosedur pengurusan kewangan kerajaan dan berdasarkan pengalaman sebagai pegawai yang terlibat dengan proses pembayaran yang melibatkan peruntukan adun di sini saya ingin berkongsi sikit. Setiap tahun kerajaan negeri akan meluluskan bajet melalui pejabat daerah untuk setiap adun. jadi semua ADUN akan mendapat peruntukan mereka spt di selangor RM500,000.00. peruntukan ini berada di bawah pejabat daerah, nak tahu lebih detail dapatkan buku bajet negeri selangor. Bila peruntukan dah ada semua aktiviti yang hendak dijalankan perlu mempunyai dokumen biasanya kertas kerja atau surat permohonan dan surat sokongan yb untuk membolehkan peruntukan dibelanjakan (ni kat negeri bn perintah).

Bila dah dapat surat permohonan dan juga surat kelulusan dari YB dokumen ini akan diserahkan ke pejabat daerah untuk penyediaan baucar bayaran. dan baucar bayaran akan diproses dan dibayar oleh Bendahari Negeri. Untuk makluman semua akaun utama bendahari negeri selangor adalah Maybank jadi macam mana boleh keluar cek public bank???? Untuk melihat sebarang tidak aturan prosedur dan salah guna peruntukan kebiasaannya sprm akan dapatkan baucar bayaran dari pihak pejabat daerah dan juga dari Bendahari negeri dan biasanya pihak audit negara akan bangkitkan sekiranya bayaran dibayar kepada satu kontraktor atau pembekal sahaja yang mana mengikut prosedur perolehan lebih RM50k perlu dibuat sebut harga.

yang kedua biasanya bayaran akan dibuat secara EFT (electronic fund transfer) untuk meminimumkan korupsi.

Oleh :ibnuaiz



SPRM mengakui telah menerima maklumat berkenaan blog ini dan
tiada komen yang dikeluarkan setakat ini.

Terpengaruh dengan cerita dari blog ini Pemuda UMNO Selangor hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyalahgunaan wang kerajaan negeri sepertimana yang didakwa oleh laman blog tersebut.

Kah.. Kah.. Kah.. dengan fakta yang bercanggah-cangah dan tak tentu hala.. hanya pemuda UMNO yang percaya cerita blog ni..

Kesimpulannya... Bodoh sungguh mereka-mereka yang percaya cerita dari Blog ini!!!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails