Monday, July 27, 2009

NIZAR dan LILIN!! yang ni pun jadi Isu??


Sejak bila Umno sangat mengambil berat sesuatu perkara itu bertentangan dengan agama atau tidak. Tetapi nampaknya isu memasang lilin sangat diambil berat oleh mereka. Tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menyertai majlis menyalakan lilin bagi penghormatan terakhir di atas kematian Teoh Beng Hock, terus dipolemikkan Umno.

Polemik itu jelas apabila hari ini Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terus bertindak menyelar reaksi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta pemimpin PAS yang enggan menetapkan pendirian berhubung isu berkenaan.Nik Aziz sebelum ini mempertahankan tindakan Nizar dengan berkata, memasang lilin bukan upacara agama tetapi budaya sahaja. Ia juga berlaku dalam pendekatan dakwah.

ADUN Titi Serong, Perak Khalil Idham Lim yang turut menyertai majlis itu menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Nizar majlis berkabung memperingati kematian Teoh Beng Huat.

Beliau yang sebelum ini beragama Budha berkata, memasang lilin bukan amalan agama Budha tetapi budaya orang Cina.Menurutnya juga, gambar tersebut merupakan majlis menyalakan lilin diadakan semasa sesi sidang media Julai 17 lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.

Idham juga menjelaskan amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun dan bukan amalan agama.Di China sekarang, katanya, amalan memasang dan membawa lilin ke masjid terus diamalkan oleh umat Islam di negara itu sekarang ini.

Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya beliau dijemput masyarakat Hindu atau Cina ke tempat ibadat mereka, beliau akan bertanya terlebih dahulu adakah program keagamaan atau adat resam.
"Saya kata kalau soal agama saya tak boleh pergi, tetapi adat resam atau budaya saya boleh pergi."

"Tiap-tiap tahun anak cucu kita menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan memacak lilin atas kek mengikut umur.Kalau setahun sebatang lilin kemudian menghembuskan, jadi lilin ni digunakan sebagai satu perkara yang simbolik terhadap sesuatu perkara lain. Begitu juga dalam masalah yang diheboh sekarang ni," ujarnya.

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, menyifatkan pemimpin PAS terutamanya Dewan Ulama PAS termasuk Nik Aziz sendiri dilihat sudah keliru di antara tuntutan agama dan tuntutan parti untuk mengeluarkan kenyataan atau prinsip di dalam menjelaskan dasar mereka mengenai hukum berhubung perkara tersebut.

Anuar berkata, PAS seolah-olah dihantui bayangan resah sekaligus meletakkan mereka pada posisi keliru tatkala menghadapi realiti tersebut. Sambil mempertahankan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harunsani Zakaria, bahawa perbuatan itu adalah haram, Anuar turut mendakwa PAS bimbang pada kemungkinan berlaku perpecahan parti akibat daripada fatwa sebenar, sebab itu PAS terus berdolak-dalik berhubung fatwa terhadap isu yang berkaitan.


Nizar sebelum ini dilapor menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock di pejabat DAP Ipoh, telah menimbulkan satu kontroversi apabila MB Perak mempertikaikannya dan meminta ulama PAS memberikan penjelasan.



~UMNO.. oh.. UMNO.. Isu pasang lilin pun nak kecoh?? dah tak ada Isu nak bawa ka?? Pemimpin korang minum arak, bawa lari duit ke Australia, tampar punggung perempuan, bunuh orang dan lain-lain lagi korang tak kisah..

~ Aku rasa Mufti Perak tu sepatutnya menjelaskan kenapa 2 tahun dulu Jomheboh haram, tapi kini menjadi halal??

baca kat sini sama :

http://misabah.blogspot.com/2009/07/isu-lilin.html

http://idhamlim.blogspot.com/

http://g-82.blogspot.com/



Berita dari : The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails