Thursday, July 2, 2009

Kerjasama Pemuda PAS dan UMNO dinafikan.




KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama)

Dewan Pemuda Pas Rabu menafikan laporan beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda Pas dengan Pergerakan Pemuda Umno.

Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan berkata, laporan itu merujuk kepada penyerahan surat rasmi jemputan untuk Pemuda Umno bagi mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka bertajuk 'Benarkah Perjuangan Umno tidak bertentangan dengan Islam' melalui penubuhan sebuah Sekretariat Bersama kedua-dua sayap parti."

Sehubungan itu, Pemuda Pas Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah membuat laporan berita yang salah terhadap isu tersebut," katanya.

Beliau berkata, sekretariat yang dicadangkan Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim itu telahpun diberi penjelasan oleh Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hasan Tantawi bahawa ia hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.

Katanya, wacana itu adalah kesinambungan cabaran debat oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perjuangan Umno.


Cuba baca petikan berita dari
UtusanOnline dibawah

Pemuda Pas ajak Pemuda UMNO berwacana

KUALA LUMPUR 1 Julai - ‘Perang terbuka’ yang diisytiharkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap UMNO tidak menghalang Dewan Pemudanya mengusulkan cadangan untuk bermuzakarah dengan Pergerakan Pemuda UMNO.

Hari ini, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka bertajuk Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam kepada Pemuda UMNO.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim menerima surat jemputan tersebut di lobi Parlimen di sini hari ini.


Dan baca yang ini juga, dari dari Berita
Harian Online

Pemuda Umno, Pas berdialog

Permulaan selesai kemelut dua parti demi kebaikan rakyat KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas semalam secara terbuka menjemput Pemuda Umno mengadakan perbincangan ilmiah atau dialog berhubung isu semasa bagi menyelesaikan krisis antara kedua-dua parti itu.

Pelawaan itu disambut baik oleh Pemuda Umno yang menyifatkannya sebagai satu perkembangan baru yang dapat membuka peluang bagi kedua-dua parti membuat perkara baik demi kepentingan bangsa dan negara.


Dan ini dari
Sinar Harian

Pemuda Pas, UMNO setuju bincang

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas akan menjelaskan segala dakwaan parti itu yang mengaitkan perjuangan UMNO bercanggah dengan syariat Islam dalam satu perbincangan ilmiah dengan sayap parti itu dalam tempoh terdekat ini.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, perbincangan yang disebut sebagai wacana ilmiah itu akan diadakan secara terbuka agar segala maklumat yang diperoleh dalam perbincangan tersebut sampai terus kepada kumpulan sasar dan memberi ruang kepada masyarakat untuk membuat penilaian. “Kita tidak akan menerima jika ia dibuat secara tertutup. Biar orang ramai nilai dan melihatnya secara dekat dan setiap masalah itu boleh diselesaikan.


Kenyataannya itu telah menyebabkan semua Main Stream Media melaporkan yang benar, kecuali tajuk berita yang mengelirukan kalau tak dibaca isinya..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails