Tuesday, July 28, 2009

Kepala MELETUP!!! jatuh tingkat 16

Adakah Allah menunjukkan sesuatu disini??


KUALA LUMPUR: “Saya dengar macam bunyi letupan sebelum melihat satu tubuh manusia di atas lantai bangunan,” kata Hamzah Sharif, 45, menceritakan kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Malaya (UM) yang dipercayai terjatuh dari tingkat 16, Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Tan Kian Chong, 22, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan keadaan kepalanya berkecai dan kesan darah dilihat terpercik hingga ke tingkat dua bangunan apartmen berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya dia menyangka yang terjatuh itu adalah pekerja di bawah jagaannya yang ketika itu sedang menjalankan kerja mencuci bangunan.

“Menggigil saya melihat mayat mangsa dan sebelum saya memberitahu rakan lain agar menghubungi polis,” katanya.

Katanya, ketika kejadian, tiada sesiapa berada di bahagian bawah bangunan itu kecuali pekerja yang sedang menjalankan kerja mencuci bangunan

“Mereka tidak menyedari kejadian itu kerana mereka sedang mencuci di bahagian tingkat atas selain diganggu bunyi enjin alat penyembur itu.

“Apabila saya menjerit memaklumkan kejadian itu, barulah mereka mengetahui kejadian itu,” katanya.




Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid, berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat mangsa daripada orang awam kira-kira jam 12 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Muar, Johor berdasarkan kad pengenalan yang ditemui dalam beg mangsa yang ditinggalkan di koridor tingkat 16 bangunan itu.

“Mangsa dipercayai terjun dari bangunan itu berdasarkan penemuan barang-barang miliknya termasuk sebuah beg, cermin mata serta kad pelajar.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya di sini, semalam.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.


Sumber : myMetro

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails