Thursday, July 30, 2009

DEY SAMY!!! Duit sini kasi la...


Prof. P. Ramasamy kelmarin telah berkata bahawa Pakatan Rakyat akan mengadakan perhimpunan aman bersama-sama dengan pemegang saham Maica Holding dihadapan Ibupejabat MIC dijalan Ipoh, Kuala Lumpur hari ini 30/07/09, dan hari ini kata-kata telah dikota..

Polis telah menutup beberapa jalan berhampiran dengan Ibupejabat MIC, setelah berlaku pertembungan antara beratus-ratus penyokong-penyokong MIC dan juga pemegang-pemegang saham Maica Holding yang bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dan juga Hindraff.

Pemegang-pemegang saham menuntut pulangan dari pelaburan mereka di dalam Maica Holding, yang ditubuhkan pada awal 80an kononnya untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat India. Disebabkan prestasi yang teruk saham yang berharga RM1 telah menjunam ke 30sen.




Dua buah truck FRU dilaporkan dikejarkan ketempat kejadian bagi mengawal keadaan, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat, tiada gas pemedih mata dilepaskan dan juga tiada air berasid disiram.. Mungkin mereka menyimpan tenaga untuk membelasah para penyokong Mansuhkan ISA yang akan berkumpul dan berarak ke Istana negara Sabtu ini..



Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum kepada Ketua Pegawai Eksekutif sayap pelaburan MIC itu, Vell Paari, yang juga anak kepada Presiden MIC Datuk Sri S Semi Value.

Semi Value dituduh menyeleweng sejumlah RM9 juta saham Telekom yang diperuntukkan ke Maika. Beliau dituduh menggunakan tiga syarikat proksi iaitu Clearway Sdn. Bhd, S.B Management Services dan Advance Personal Computers Bhd yang didakwa mempunyai kaitan dengan Semi Value, Vell Paari dan seorang lagi ahli keluarga.

Skandal yang berlarutan sejak 1992 ini membabitkan nilai saham mencecah RM120 juta. Ramai pemegang saham, termasuk golongan fakir miskin masyarakat India dikatakan hilang seluruh simpanan mereka ekoran skandal ini dan mendesak MIC memulangkan pelaburan mereka.

Semi Value dilaporkan mahu menyumbang RM3.2 juta untuk membeli tanah Kampung Buah Pala. Ini menyebabkan ramai pihak tidak berpuas-hati dan mendesak MIC supaya menyelesaikan masalah Maika yang tidak, atau gagal, diselesaikan sejak 1992.

Vell Paari beralasan bahawa beliau bersedia untuk membayar semula kerugian pemegang-pemegang saham, namun tidak dapat berbuat demikian kerana injunksi mahkamah keatas Maika Holdings.


DEY SAMY!!! POOODAHHHH!!! Mau beli kampung buah pala konon...kasi settle ini kes dulu .. jangan sibuk itu Kampung Buah Pala punya hal..


Sumber berita dan gambar : TVAntara, Malaysian Mirror & The Malaysian Insider.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails