Thursday, July 9, 2009

Depa dah kaya baru nak mansuhkan..

UMNO sejak zaman pemerintahan Mahathir Mohamad telah membazirkan berbillion ringgit wang rakyat apabila pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mula dilaksanakan pada 2003. Dasar PPSMI jelas satu dasar yang amat silap dan lebih kepada agenda memberi keuntungan kepada para kroni.

- Bekal Laptop ke sekolah = Ada menteri jadi jutawan
- Bekal perisian = Ada menteri jadi hartawan
- Service computer = Ada kroni kaut keuntungan
- Sediakan latihan = Ada induvidu sedut komisen

Matlamat songsang cetusan idea UMNO ini jelas merugikan bukan hanya wang rakyat, malahan membuang masa tenaga pengajar dan murid yang terlibat.
Jelas desakan dan kritikan daripada Pakatan Rakyat dan rakyat terbanyak terhadap dasar ini membuktikan kelemahan perancangan dan kecelaruan pentadbiran UMNO/BN dalam mengendalikan dana dan masa depan rakyat.

Sebagai bekas pendidik, saya menyambut baik pemansuhan PPSMI ini. Malangnya berbillion wang rakyat telah musnah lantaran kerakusan pemimpin UMNO dalam mencari ruang melaksanakan sesuatu dasar hanya demi kepentingan para kroni mereka.

“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris,” - Muhyiddin Yassin

Katanya berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK(T). -
BERNAMA

- Kesian sungguh pemimpin UMNO. Bodoh sudah naik ke kepala. Di manakah realistiknya? yang hendak ditingkatkan adalah penguasaan bahasa Inggeris, tetapi matapelajaran Sains dan matematik pula yang menjadi sasarannya..!!!

- Apapun, rakyat Malaysia mesti menuntut ganti rugi atas kecuaian pemimpin UMNO/BN ini dengan tidak memberi undi kepada mereka dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Cukuplah selama 51 tahun kuasa yang telah diberikan kepada UMNO/BN.

- Rakyat mesti membuat pilihan = Hidup terus dikhianati atau kuburkan UMNO/BN.

- Selama pemerintahan UMNO/BN, telah berjuta billion duit rakyat dimusnahkan, dirompak, dicuri dan dirasuahkan. Tidak cukup dengan itu, masa depan dan harta warisan rakyat dikhianati oleh pemimpin UMNO/BN.
- Pulau Batu Putih diberi kepada Singapura.
- Sebahagian tanah Johor dijadikan wilayah warga asing
- Islam dipencilkan
- Kemiskinan dan penderitaan rakyat tidak diperdulikan
- Pemimpin rasuah dilindungi
- Undang-undang dicabuli
- Jenayah meningkat.
- Polis diperkudakan
- Penggangguran meningkat
- Kehidupan rakyat semakin terhimpit
- Kebebasan bersuara dinafikan
- Saspek pembunuh tidak dibicarakan
- Institusi Raja diperkuda dan dipermainkan

Kenyataan DSAI Mengenai Keputusan Memansuhkan PPSMI

Akhirnya kerajaan mengakui hakikat kepincangan dasar PPSMI dan mengambil keputusan memansuhkan sepenuhnya perlaksanaan dasar itu mulai tahun 2011. Setelah sekian lama pejuang bahasa, budayawan dan sarjana menyatakan kebimbangan dan menyuarakan bantahan terhadap PPSMI, alhamdulillah keringat dan doa mereka dimakbulkan jua.

Saya tidak pasti keputusan tersebut didasari motif politik ataupun kerana menyedari PPSMI merupakan satu pengkhianatan kepada perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan dan merugikan ramai pelajar terutama dari kawasan luar bandar. Pastinya kenyataan Menteri Pelajaran bahawa dasar ini dimansuhkan kerana mempunyai banyak kelemahan memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan umno-bn.

Sekonyong konyong mereka cuba menutup sebelah mata setelah RM 4.5 billion ringgit dana awam dibelanjakan demi perlaksanaan dasar tersebut walaupun mendapat bantahan segenap lapisan masyarakat. Keadilan tuntas menekankan selama ini bahawa satu kajian yang menyeluruh sewajarnya diadakan sebelum perlaksanaan PPSMI. Ternyata teguran yang diberikan masuk telingan kanan keluar telinga kiri.

Sayugia Menteri Pelajaran mestilah menyediakan jawapan yang kukuh dan bertanggungjawab untuk dibentangkan kelak. Rakyat berhak mengetahui mengapa selepas 6 tahun ianya dilaksanakan, baru kerajaan mengakui kelemahan dan kepincangan PPSMI.

Berapa yang hangus??

Tidak banyak orang yang tahu!
Atau tidak ada yang berani berkata benar!
Atau semua orang yang terlibat terlalu sibuk membelanjakan wang ini dengan tidak mengira sebanyak mana dan apa yang betul-betul diperlukan.
Namun sumber-sumber yang dapat dipercayai mengatakan bahawa ‘rm 12 bilion adalah anggaran yang tidak jauh lari dari jumlah yang sebenar.”
Kami cuma berkata, berikan:

1 bilion untuk industri buku dalam bahasa Melayu,
1 bilion lagi untuk industri terjemahan buku ke dalam bahasa Melayu,

kita akan dapat memandaikan bangsa dengan lebih berkesan daripada menggunakan bahasa Inggeris! Sekaligus, kita memperkasakan bahasa Melayu.


Dicopy dari :
KERAJAAN RAKYAT dan BAHASA DAN BUDAYA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails