Sunday, June 21, 2009

Pemimpin Pas takut DAP, PKR kata Raja Katak

KUALA KRAI 20 Jun - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mendakwa beberapa pemimpin tertinggi Pas takut kepada rakan-rakan mereka dalam pakatan pembangkang apabila tidak mahu berunding dengan UMNO bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Beliau menegaskan, mereka yang kononnya memperjuangkan Islam dan nasib ummah itu juga sebenarnya cuba mengelak daripada bertemu dengan UMNO kerana bimbang berlaku perpecahan dalam pakatan pembangkang.

Menurutnya, usaha ke arah kebaikan itu bukan sekadar membincangkan soal cadangan kerajaan perpaduan kerana banyak lagi isu lain yang boleh diketengahkan seperti agama Islam,

"Saya tengok mereka takut kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebab mereka ini walaupun mendakwa pejuang Islam tetapi takut nak jumpa, takut pakatan berpecah, itu sahaja sebenarnya.

"Paling tidak kalau UMNO bertemu Pas, mereka boleh membawa macam-macam isu berkaitan dengan Islam, bahasa, bangsa dan kedudukan raja yang semakin dicabar," katanya dalam satu siri ceramah di Kampung Manek Urai Lama di sini semalam.


Ini sebahagian dari berita yang aku petik dari Utusan Malaysia Online hari ini, bukan aku nak baca pun tapi terbaca..

Tapi pada pendapat aku Raja Katak ni memang tak tahu diuntung, jadi Ahli Parlimen pun atas tiket PAS, sekarang cuba nak menghentam PAS pula betul macam orang tua-tua kata seperti melepaskan Anjing tersepit..

PAS bukan takut kepada PKR dan juga DAP, PAS menghormati perjanjian yang telah dibuat bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.. Antara sikap takut dan mungkir janji, yang mana satu lebih teruk, takut atau mungkir janji??

Malaysia diperintah oleh UMNO/BN sekarang jadi kenapa perlukan PAS untuk berbincang pasal Islam, selama 51 tahun lebih Malaysia diperintah oleh UMNO/BN pernahkah UMNO mengajak PAS berunding pasal Ugama Islam?? Semua fatwa yang dikeluarkan pernahkah dirujuk kepada PAS terlebih dahulu??

Islam, bahasa, bangsa dan kedudukan raja yang semakin dicabar angkara siapa kalau bukan UMNO, semua dimanipulasi untuk kepentingan UMNO.

Dah nak berkubur baru teringatkan PAS, hari tu bila merampas kuasa di Perak UMNO tak pedulipun apa itu Islam, Bahasa, Bangsa dan Kedudukan raja..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails