Saturday, June 20, 2009

PAS tidak lupa sengketa lama..

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS menempelak kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dato' Muhyddin Yasin yang mahu PAS melupakan sengketa lama bagi membina semula hubungan baru. Ketuanya, Nasruddin Hasan Tantawi berkata meskipun PAS sebagai sebuah gerakan Islam harus mempraktikkan sikap terbuka dan memberi maaf kepada sesiapa jua, namun pada masa sama pihak yang memohon maaf perlu menghormati dasar serta prinsip perjuangan PAS.

"Bagaimana Muhiyidin boleh membangkitkan isu 'lupakan sengketa lama' sedangkan usaha untuk usaha-usaha yang Umno-BN lakukan selama ini langsung tidak menunjukkan ke arah untuk menamatkan sengketa itu, tindakan mereka ini tidak ubah seperti 'ajak-ajak ayam'," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, isu yang berlaku sekarang ini bukanlah sengketa lama tetapi Umno hendaklah menghapuskan punca sengketa tersebut."Kerana Pemuda PAS Pusat melihat punca itu ada pada Umno dan ianya bermula dengan BN, ianya masih kekal bersama BN," ujarnya mengulas kenyataan Muhiyidin yang mahu PAS melupakan sengketa lama.

Oleh yang demikian ujarnya, alternatif yang ada sekarang ini adalah yang pastinya akan mencederakan perasaan rakyat apabila meneruskan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) dengan tangkapan-tangkapan yang kebanyakannya memangsakan pemimpin-pemimpin parti lawan (pembangkang) dengan tuduhan yang tidak munasabah dan tidak dibuktikan di mahkamah.

"Jika Umno-BN hendak kita (PAS) bersikap terbuka, mereka juga perlu menghormati dan menerima dasar perjuangan PAS," demikian ujarnya. - mns


Sumber: Harakah Daily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails