Tuesday, June 30, 2009

Logo Pulau Pinang dah ditukarkah?

Logo Pulau Pinang yang baru?

Kalau begitu, ini pula logo apa?


Lambang kerajaan negeri Pulau Pinang telah ditukarkah? Kalau betul begitu kenapa baru hari ini aku tahu, Itu pun Ketua Pembangkang Pulau Pinang yang bagitahu dalam sidang DUN pagi tadi, seperti yang dilaporkan oleh HarakahDaily.Net dalam artikel 'Dalam borang ada lambang DAP'yang aku baca pagi tadi (29 June)..Kalau tidak, mungkin aku tak akan tahu sampai PRU 13 nanti.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang mengatakan terdapat logo DAP dalam borang pendaftaran Warga Emas Pulau Pinang.. Ini menyebabkan aku tertanya-tanya, Apakah logo kerajaan negeri Pulau Pinang telah ditukar dengan logo DAP?

Kalau benar begitu borang-borang yang aku kena edarkan kepada semua warga emas ditempat aku ni dah tak boleh pakailah. Pasal borang ni masih menggunakan logo Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang lama (Ada pokok pinang), bukan logo DAP.


Borang pendaftaran Warga Emas

Rupa-rupanya itu hanyalah tuduhan yang tidak berasas dari Dato Azhar,Ketua Pembangkang Pulau Pinang dari UMNO kata Speaker DUN Pulau Pinang Abdul Halim Husain, Speaker DUN Pulau Pinang menegaskan hanya terdapat logo Kerajaan Negeri dan No. siri di borang tersebut..

Kalau macam tu.. borang yang aku kena edar ni masih boleh digunakan lagilah kalau tidak, kena panjat Komtar lagi la jawabnya.

Mungkin juga Dato Azhar sudah tidak dapat mengenali lagi yang mana satu logo DAP dan yang mana satu logo Kerajaan Negeri Pulau Pinang.. maklumlah dah jadi pembangkang katakan..

Kalau begitu, tak apa. Nah kat bawah ni ada logo DAP dan logo Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kalau susah sangat nak ingat, print dan tengoklah hari-hari biar melekat dalam kepala hotak tu..

Ini logo DAP


Ini pula logo Pulau Pinang

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails