Saturday, June 27, 2009

Anak jati Manek Urai tambatan Pas untuk Manek Urai


Anak jati Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, 50, dinamakan calon Pas untuk pilihanraya kecil Manek Urai yang akan diadakan 14 Julai nanti.



Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat pengumuman tersebut dihadapan lebih 6,000 penyokong di satu ceramah di Kampung Manek Urai Lama. Turut hadir di ceramah tersebut adalah Presiden Abdul Hadi Awang, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Husam Musa, Pengarah Pilihanraya Saifuddin Nasution dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.


Pilihan calon amat penting di kawasan pedalaman ini, dan Fauzi disebutkan sebagai calon paling layak menggantikan Adun Ismail Yaacob yang meninggal dunia Mei lalu.

Fauzi adalah usahawan berjaya, dan pengalaman beliau dalam isu-isu masyarakat menjadi aset kuat calon Pas ini, yang juga seorang ahli Majlis Perbandaran Kuala Krai - jawatan yang disandang sejak 1999.



Ismail, yang lebih mesra dengan panggilan Pak Su Wei, memangi kerusi Manek Urai selama lima penggal berturut-turut sejak dari 1986. Populariti Pas di Manek Urai jelas terserlah kerana walaupun Pak Su Wei tidak bertanding di Manek Urai dalam PRU 2004, calon BN Zulkepli Omar sekadar menang dengan majoriti nipis 53 undi.


Manek Urai terletak dua jam perjalanan dari Kota Bharu, dalam Parlimen Kuala Krai. Sebahagian besar kawasan Manek Urai diliputi hutan dan estet, memuatkan kira-kira 12,292 pengundi. Peratusan etnik adalah 99.3 peratus Melayu, 0.5 peratus Cina dan 0.2 peratus India.


Gambar : HarakahDaily.Net

Berita : TVAntara


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails